Kaya dengan khazanah alam semula jadi, Pahang adalah syurga eko. Hampir dua pertiga daripada kawasan negeri ini diseliputi hutan hujan yang subur menghijau,menjadikannya habitat yang unggul untuk pelbagai jenis tumbuhan eksotik dan hidupan liar. Muka buminya yang bergunung-ganang menempatkan beberapa pusat peranginan tanah tinggi manakala pesisiran pantainya yang panjang mengandungi sebahagian daripada pantai yang tercantik di negara ini. Di sini juga terdapat taman negara yang terbesar di Malaysia serta beberapa tasik air tawar semula jadi.
Merentasi tiga buah negeri, Taman Negara – taman negara utama Pahang - berusia lebih daripada 130 juta tahun dan dipenuhi dengan pelbagai spesies flora dan fauna, serta beberapa landskap semula jadi yang menakjubkan. Gunung Tahangunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia, serta laluan kanopi terpanjang di dunia terdapat di sini.
PULAU TIOMAN
Dikatakan salah sebuah destinasi pantai yang terbaik di dunia, Pulau Tioman kaya dengan legenda dan keindahan semula jadi. Perairannya merupakan syurga para penyelam, dan dipenuhi dengan pelbagai spesies hidupan laut dan batu karang yang beraneka warna.
CAMERON HIGHLAND
Terdiri daripada tiga pekan - Ringlet, Tanah Rata dan Brinchang - Cameron Highlands adalah pusat peranginan tanah tinggi yang terbesar di Malaysia. Dengan iklimnya yang sederhana dan menyegarkan serta panorama tanah tingginya yang memukau, Cameron Highlands dipenuhi dengan lembah yang beralun, ladang teh yang luas, kebun bunga berteres, kebun sayur dan taman strawberi.
PUSAT PEMULIHAN GAJAH NEGARA
Kuala Gandah
Pusat Pemuliharaan Gajah Negara merupakan satu-satunya pusat perlindungan gajah di negara ini yang bertujuan untuk menyelamat dan menempatkan semula haiwan ini. Di sini, anda berpeluang untuk memandikan anak-anak gajah yang comel.
No comments:
Post a Comment